24.4.11

PENULIS SENJA TERAKHIR


Memang anak melayu yang mempunyai bakat yang lebih diberikan allah , terkesima dengan ps , anak muda tetapi memiliki tulisan yang cukup baik , semoga allah memberkati anda ,

saya seorang yang tak mempunyai bakat , tetapi hannya mencuba menulis dengan ikhlas pada hari ini , semoga dapat menghibur semua pembaca

BUKAN ABADI


senja merah yang jatuh
hitam garis dan kuning jingga langit
adalah perjalanan akhir
sesudah begitu lama mengayuh pengalaman
melayari penat hari
akan tiba ketika segala yang pernah ada
menjadi garis-garis kecil dan suram
menjadi begitu dingin di telapak
akan berhenti segala gerak dan ungkap

saban hari kita menemui detik ini
memberi peringatan dan pedoman
bahawa semuanya tidak abadi
dan bukan berlama segala apa yang termiliki
akan tiba ketika kita hanya bisa membingkai kenangan
berlalu dan menghilang dan sirna dari tatapan
lihatlah senja itu, akan pergi meninggalkan
tirai gelap yang panjang
akan tiada cahaya meski masih amat kauperlukan
bukan abadi
kita hanya penyaksi dan kemudian melepaskan
tak ada milik kita
cinta dan kasih sayang ini pun
akan begitu pada ujung detiknya
sirna dan tiada
kepergian dan ketiadaan
tak bermakna semua itu memberi nestapa
tapi harus pasrah
menerima dengan redha dan tawakal

bukan abadi
tapi tuhan akan selalu di dekatmu
mendengar apa yang selalu
kaudoakan

karya : arma i.z

tag orang :

sue hazra
aira zulaikha
cikgu saleh
putera duyong

1 comment:

Muslimah Optimis said...

tahniah kamu kerana menang.. puisi kamu memang terbaik..

setuju dengan kamu di awal penulisan. PS memang anak muda yang berbakat besar setelah MO mendengar VLOG beliau pun memang kagum giler suara beliau perghhh macam orang xpert giler.. matang..

MO ada buat contest juga jemput join ya..

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

teruskan menulis untuk berkongsi.. terima kasih